Sunday, August 16, 2009
Solo Journey by Single Rider.....
Wednesday, July 8, 2009
PPSMI : Sekali lagi pelajar menjadi tikus putih
1. Semalam kerajaan telah mengumumkan bahawa tiada lagi pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.....perkara ini amat mengecewakan aku.....demonstrasi yang dipimpin seorang pejuang bahasa Melayu mengatakan bahawa PPSMI menidakkan kebolehan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar dan akan mengurangkan perkembangan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan....
2. Pengalaman aku di bidang pengajaran mungkin baru setahun jagung....cuma 3 bulan menjadi guru sandaran dan 3 bulan menjadi guru tusyen (boleh telefon SK Sekara dan Pusat Tusyen Domino) tapi dari ape yang aku perhatikan kanak-kanak yang yang mengikuti PPSMI di peringkat UPSR adalah lebih advance kerana mereka lebih mudah memahami dan mengadaptasi apa yang diajar walaupun dalam bahasa Inggeris. Ini sudah pastinya memberi kelebihan kepada mereka ketika melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tinggi seperti matrikulasi atau universiti kerana di peringkat tinggi, kebanyakan bahan rujukan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
3. Aku bersetuju dengan pandangan Tun Mahathir. "Sayang bahasa tidak boleh melebihi sayang bangsa". Mereka yang sayang bangsa mereka ingin lihat bangsa mereka maju, berilmu dan dihormati dunia. Hanya kerana boleh bertuturkata dalam bahasa sendiri tidak akan menjadikan bangsa kita dihormati dan disegani orang.
4. Ada seorang rakan bertanya kepada aku. Kenapa tak bole ajar Sains n Matematik dalam bahasa Melayu? Sama je kan?. Aku akui bahasa melayu sudah digunakan lama untuk pengajaran sains dan matematik. Dari zaman subjek Sains dipanggil ilmu alam dan subjek Matematik dipanggil ilmu hisab. Malah, sampai sekarang bahasa melayu masih digunakan walaupun secara dwi-bahasa. Namun ramai yang buta untuk sedar masalah yang timbul apabila berada di peringkat tinggi (universiti). Bahan rujukan adalah dalam bahasa inggeris. Ini menyukarkan pelajar untuk memahami teori dan konsep kerana sebelum ini dididik dengan istilah2 dalam bahasa melayu.
5. Boleh saja kalau istilah2 sains dan matematik di-melayu-kan. Tetapi perkataan-perkataan sains bukan satu dua tapi beratus-ratus. Dan perkataan ini menjadi asas kepada perkataan yang mempunyai makna yang amat berlainan. Lagi satu, ilmu sains dan matematik ini merupakan ilmu yang sentiasa berkembang di seluruh dunia. Setiap hari akan keluar teori baru, istilah baru. Dan semuanya diterangkan dalam bahasa Inggeris. Memang boleh nak diterjemahkan, tetapi memerlukan tenaga pekerja yang pakar dan mahir. Bukan boleh main terjah ikut suka saja. Bukan ke leceh tu nak translate dulu pastu baru orang lain boleh faham sedangkan di negara lain, mereka terus mencapai kefahaman apabila membacanya.
6. Kepada mereka yang membangkang PPSMI, aku cuma ingin bertanya....Adakah hilang kemelayuan anak-anak anda hanya dengan mempelajari Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris? Lihat sendiri Gabenor Bank Negara, mengapa tidak berbahasa Melayu apabila berucap? Namun, apakah hilang Melayunya? Beliau sering kelihatan manis berbaju kurung. Satu contoh antara beribu-ribu. Ingat, proses pembelajaran merupakan satu proses mengusai ilmu. Proses pembelajaran bukan sekadar untuk memaju atau mengembangkan bahasa.
7. Bahasa itu kuasa. Bukankah kita mudah terpengaruh dengan mereka yang petah berkata-kata? Yang mudah menabur janji. Mengapa bangsa kita berpecah-belah kalau bukan termakan kata? Bukankah itu penguasaan bahasa?
Ekonomi negara, jelas ditangan bangsa bukan Melayu. Pejabat-pejabat swasta, pasaraya, kedai, pasar. Bahasa perantaraan mereka? Surat menyurat? Pergilah temuduga untuk sesuatu pekerjaan. Sensitif untuk disebut, tetapi hakikatnya? Yang berkuasa, fikiran biar jauh, keputusan biar kepada kebaikan.
Sunday, June 28, 2009
Al-kisah.....
KISAH 1
Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya diri kepada pelajarnya-pelajarnya. Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka.
Abu berdiri dan berkata, “Nama saya Abu bin Dolah. Bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq dan sebagainya”.
“Bagus Abu. Terima kasih. Siapa lagi?”, tanya cikgu.
Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi berdiri dan berkata, “Nama saya Noni binti Samad. Kalau besar nanti, Noni nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel”.
“Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia. Siapa lagi?”.
Seman berdiri dan berkata, “Saya Seman bin Leman, bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya…”.
KISAH 2
Seorang nenek memukul bontot cucunya yang telah melakukan perbuatan
yang tak sepatutnya...
Tiba-tiba ayah budak tersebut telah ternampak.... nak berdiam diri kesian pulak pada anaknya.. nak masuk campur.. tak berani...
Lalu setiap kali nenek itu mengayun rotan memukul bontot cucu, si ayah juga bertindak menampar muka sendiri.
Melihat tindakan si ayah yang agak pelik, si nenek segera berhenti memukul cucunya dan bertanya dengan penuh kehairanan pada si ayah.
"Kenapa engkau menampar muka sendiri?"Tanye si nenek
"Anakku dipukul orang ... dan untuk membalas perbuatannya itu, aku telah memukul anak orang itu."Jawab si ayah
KISAH 3
Pada suatu hari Si Amin disuruh oleh emaknya mengambil mangga di kebun. Sedang Amin memanjat pokok mangga, tiba-tiba dia terlihat ke bawah ada sepasang remaja sedang ' bercekerama '..
Maka berdirilah bulu roma Si Amin. Dia pun bertahan di atas pohon sambil menahan lututnya yang semakin mulai gemetar.
Tak lama kemudian didengarnya suara isak tangisan remaja perempuan itu, sambil tersendat-sendat dia bicara. "Abang macamana kalau saya hamil nanti? Abang kena bertanggung jawab." "Sudahlah, dik, kita serahkan semua ini pada YANG DI ATAS, " jawab si lelaki..
Si Amin terperanjat lalu dia berteriak,
"Wah! wah! kamu berdua yang sedap-sedap di bawah, senang-senang nak serahkan semuanya pada aku! Aku kan cuma tengok saja, usik pun tidak !!"
Kisah 4
Ada kisah seorang anak yang diberi peluang untuk belajar di Amerika untuk dapatkan degree, tapi selepas 15 tahun, tak pernah lulus, akhirnya bapak dia dah tak sanggup lagi tanggung beban wang untuk anaknya itu, terpaksalah dia bawak balik ke Malaysia.
Sepanjang perjalanan dari airport ke rumah, bapaknya diam aje (marah la tu).
Si anak dah rasa tak best, so dia pun cari la idea untuk berbual & tunjuk pada bapak dia yang dia kat Amerika ada gain something la dgn pekembangan teknologi. So dia cakap dgn bapak dia:
Anak: Bapak tau tak, kat Amerika sekarang teknologi dah maju giler. Sekarang nak buat sosej tak payah nak sembelih lembu, buang kulit, masuk je lembu dalam machine, dah jadi sosej....
Bapak: Itu teknologi dah lapuk. Kat Malaysia lagi advance. Aku 32 tahun dulu, masukkan sosej aje dah keluar lembu sekor... menyusahkan plak tu...
Kisah 5
Pada suatu hari, seorang raja yang mempunyai seorang puteri yang sangat cantik, ingin mencari seseorang untuk dikahwinkan dengan anaknya. Maka raja tersebut membuat satu pertandingan kepada semua rakyat-rakyat nya.
Pada keesokan harinya, beliau telah memanggil semua rakyat untuk berkumpul dihadapannya. Orang ramai berasa pelik melihat seekor gajah yang besar berada di hadapan mereka. Maka raja tersebut berkata
"Barang sesiapa yang dapat membuat gajah ini terduduk walau dengan apa cara sekalipun, orang itu akan dapat berkahwin dengan puteri kesayangan beta".
Maka dengan itu, seorang semi seorang mencuba nasib untuk mendudukkan gajah tersebut. Cara demi cara mereka yang mereka lakukan tetapi masih tidak dapat mendudukkan gajah tersebut. Tiba-tiba seorang pemuda yang berbadan kurus tampil untuk mencuba nasib mendudukkan gajah tersebut. Pemuda tersebut tidak membuangkan masa, dia berdiri di belakang gajah itu. Dengan berbekalkan sebuah lastik ditangannya beliau melastik telur gajah tersebut. Gajah itu pun menggelupur dan meraung kesakitan lalu terus terduduk. Raja tersebut tergamam melihat kebijaksanaan pemuda tersebut. Raja itu berkata
"Bagus!! Kamu sungguh bijaksana".
Raja tersebut skali lagi ingin menguji kebijaksanaan pemuda tersebut, lalu beliau terfikir satu idea.
"kalau betul kamu adalah seorang yang bijaksana, beta mahu kamu gelengkan kepala gajah tersebut". kata raja itu.
Pemuda itu berfikir sejenak dan mendapat satu cara. Pemuda itu mendekati gajah tersebut lalu berbisik di telinga gajah itu, dengan pantas gajah itu menggeleng. Raja itu berkata
"Beta tak sangka kamu memang sungguh bijak. Dengan ini, kamu layak berkahwin dengan puteri beta".
Beberapa minit kemudian, raja tersebut bertemu dengan pemuda tersebut dan bertanyakan apa yang pemuda itu bisikkan di telinga gajah tersebut. Pemuda itu dengan tenang menjawap "Kau nak aku lastik telur kau lagi tak?" Raja itu terus ketawa.
Thursday, June 25, 2009
You realize your turning into a biker when...............
2. You wear a jacket in 40 degree heat with excuse that its for safety.
3. You don't remove you gloves while eating.
4. You wake up one night in cold sweats after a hot dream with sexy.....ducati 916.
5. A hot girl is standing next to you but your eyes creep ups to look at the hot bike parked next to her instead.
6. You leave you wife in bed to go stare at your bike parked out on the porch in the middle of the night.
7. You feel like you eat more insects than actual food.
8. Your favorite cologne is called "Motul eu de Toilet".
9. You suddenly want cut your family spending budget cuz your CBR needs a tune-up.
10. Your bike pics are your laptop screensaver instead of pics of your family.
11. Your hot wet lesbian dream consists of a MV Agusta F4 and a RSV Mille.
12. When you call every guy you meet " Bro".
13. When your home away from home is your local bike shop.
14. Refer your bike to people as "Her" or "my wife".
15. You polish your bike more than you clean your home.
16. Your wife is more jealous of your bike than of your pretty mistress
17. Your pet dogs name is Harley.
18. You go out on dinner dates and share your family problems with your mechanic.
19. Park your bike in the living room when it rains.
20. Your telephone bill shows that you call your favorite bike shop more than members of your family.
21. Check on bike first after an accident instead of your wife who was the pillion
22. A 5 minute trip out to get some bread turns into 3 hours ride out an you return without the bread.
23. When in your phonebook the name list are all of your biker's friends
24. When u got bikes parts stored in your room
25. When u were riding bike and even u got another transport to choose
26) Your favourite website is Malaysian Bikers Community or other Motor Bikes Website
27. Your room is full of posters of your dream Bike
28. Your motivation to excell in your carreer is visits to Super Bikes shop
29. Your attention is caught by every passing of the bikes you admire
30. When your gf scratched her leg on a thorn bush, you tell her to use band-aid, but when your bike has a scratch on the chrome, you put "her" under ICU.
31. When you had to eat roti cannai at Mamak's Stall, you make sure to park your bike where you can see it over the dalca dish.
32. When you call your wife's Nissan a "cage"
33. You get withdrawal syndromes when you don't get to ride.
31. Section 1 appendix A, you choose where to eat based on bike parking space/vibility/pose factor
32. When u got a nickname called Kroome, Ejoss, Mudgad, Seato...
33. When you try to hang off, while driving
34. When you drive straight into the bike lane at toll gate
35. When you bring your helmet by mistake to drive
36. When you forgot you have a pillion, and dive lean into that corner anyway.
37. When you try lane splitting with a car
38. When you developed Parkinson's syndrome days befoe the ride
39. When you're seriously thinking of buying pocket bikes for your 4 and 9 year old sons.....should have bought the bikes instead of consulting wifey abt it
40. When you wished you hadnt gone for the ride,.. cause it rained for a straight 5 days on the road
41. When you get up at 2am in the morning to oil your drive chain and cables as you have done the previous night before.
42. U do a quick DIY to your bike exactly after office hour
43. You keep looking at ur bike as you walk away from it after being parked
44. Searching all destinations for a ride, where you never dreamt of going there with other means of transport.
45. When you always have a HB syndrom after a ride
46. You know each and every inch of your bike more than home (or even yourself!)
47. When you have pain on your knee , you know you have to go to the race track
48. When you realize that you have develop "trigger finger" due to squeezing the handle bars too tight from those long rides.
49. Your wife told you,"sell the freakin' bike or send me back to my parents house!" and few minutes later u're packing her things for her..
50. When you develop permanent "helmet hair" ...
51. When all your left-foot shoes have gear lever marks on them.
52. Every Friday nights there is an emergency at your workplace (thats what you tell your wife) where else you go for your FridayNiteFever.
53. When u turned down an invite to test the latest tincan Porsche in the Porsche TestTrack Stuggart
54 When you commit to a trip to the southernmost tip of MY and you suffering with flu and are praying you'll be better in time for another ride too!!
55. When u tell ur wife u use a lot of money to service ur car but the truth is u spend it on ur bike
58. Your wife held your bike hostage until you get her a new car
59. When u opened your closet there are only riding apparel in it - biker's tshirt, mesh jacket, cordura bla bla bla.
60. When the longest time u spend surfing internet is bikers website
61. When bike workshop is your second home
62. When you cried your heart out like a child begging your dad to let you buy a tzm but he kept on being a tough rock so u stormed out of the house, started your kapchai and rode all the way from kampung via empty road which you before swore that u'll never ride pass it alone at night, heading straight to fnf to meet your biker brothers to feel at ease again. and few months later, u bought the bike and kept it as a secret from mummy and daddy.
63. When u trained your only daughter to compete in cub-prix
64. When you start to glance and "sweet talk" before getting "on top" for a good ride !
65. When instead of looking, you started touching to feel and admire the contours and smoothness !
66. When she gets all wet and you look forward to cleaning her up inch by inch !
PS... Some bros please stop me if and when I lost control and started kissing, willya?
67. When all u do is posting in MBC in the opis all day eveliday
68. When u hangout untill 1am with bikers and later do some top overhauls on your friends bike untill 4am on weekdays
69. When u start toking horny stuffs about bikes
70. When you reach home in the evening back from work & you go to park in the parking lot and when you see your loved one sitting silently in the parking, you stare at her & even send her a kiss & forget you are still riding your cubcai & the d*mn cub is still moving & you almost ride into a huge concrete column.
71. when u started to get bored buying new bike magazine cuz u already kno every single inch detail of the new bike specs, and cant wait to hear about next year's model
72. when u plan to walk away after your officemate talk about his turbocharge wira's tyre price is so high and donno what pirelli dragon supercorsa is.
73. you search for used raceboot, if any, at bundle stalls/store
74. most of your tshirt has bike-oriented printing.
75. if only u win a merc e class someday (impossible), u already got plan to trade it in with a fireblade latest model, and the balance to buy a viva for ur wife

76. when u enjoy the conversations with perfect strangers under the flyover while sheltering from a rainstorm
77. when ur sleep u always dreaming about bike

78. when ur feel proud when u wearing fullface,boot and jacket..
79. when ur always talk about bike to ur parents n friend..
80) when someone said to u when u drive a car, waa.. u can drive aa..

81) when u felt like slapping someone after they said, "laju2 pon ujan basah jugak.. baik beli kancil.." (ur bike price equals to 3 nos. of kancil)
82. A busy road, a busy life, wish to go pass the traffic as fast as you can.
83. Spend 2 hours weekly for washing/polishing/inspecting your bike.
84. Everyday after dinner go ride on your bike and spin your wheel for screws,nails and others.
85. Check what's new gadgets for your bike on the internet.
87. Compare new bike with your current bike.
88. Surf Malaysianbikers.com.my everyday!!!
91. you just can't sit down whenever you had an extra time ... you felt like you need sumthing with 2 wheels !
93. when u dare to FnFing til morning just with a glass of teh tarik
94. mbc website is always on the computer screen
95. when u succeed to influence ur honey to get addicted to item no.94...hahaha...congratulations!!
96. when u cant sleep almost a week.. thinking what bike should u buy (still searching).
97. when ur girlfriend "slap" u each time ur having lunch with her at mamak and she got jealous each time a superbike passby and u would say "fuuuyyyooo cun/sexy gile" (often she would mistaken i was checkin out some awek eventhou there were no awek on sight).
98. when u start driving car dangerously on highways just to checkout some bigbike that was riding on the fastlane.
99. when u slowing down ur car or haven't paying attention on ur side of the road just because ur buzy looking/browsing/waiting for some bikes on the opposite of the road..
100. when almost everyday u would argue with ur family (whole family even uncles and aunty if for visit) on topic "why the *sensored* would u want a bike".
| | |
| | |
| | |
| | |
Monday, June 1, 2009
Allah Maha Adil......
1. Sebelum cuti, aku kusut sangat pale fikir nak keje ape.....tapi dalam sibuk nak keje tu, terfikir gak betapa letihnya nanti bile da keje....konfim pagi sampai malam.....tapi bile da cuti, Allah bukakan pintu rezeki di sebuah pusat tusyen kat Temerloh....aku mengajar Sabtu ngan Ahad je...8 pagi sampai 3 petang....hari2 len bole rileks kat rumah...betul Allah itu Maha Adil.....
2. Sebelum cuti, serabut sangat pikir nak cari duit poket...camne nak bayar bil, nak bayar moto, nak makan, nak p dating (hehe).....tapi bile da start keje, Allah bukakan hati pengurus pusat tusyen nak bg gaji harian kat aku...tak payah tunggu hujung bulan....Alhamdulillah, dengan duit yang ada, dapat gak tambah barang2 dapur kat rumah aku ni.......betul Allah itu Maha Adil.....
3. Sebelum cuti, risau gak pikir pasal pengangkutan seharian...nak beli sarapan, beli suratkhabar, jemput adik balik sekolah, kuar p lepak ngan membe2.....merapatkan ukhwah kata orang...hehe.....takkan ari2 nak pakai kete mama aku...segan gak...nak isi duitminyak lagi...kalau harga minyak murah cam minyak gamat takpe....tapi Allah bukakan pintu hati ayah ngan mama aku untuk belikan aku sebuah motor.....senang untuk aku bergerak, kata diorang.....minyak pun jimat...sama macam minyak gamat kot,erk.......betul Allah itu Maha Adil......
Kesimpulannya, aku bersyukur sangat2 di atas semua kurniaan Allah sekarang.....terutama sekali kesihatan yang aku tengah nikmati sekarang....cube fikir camne kalau aku sakit.....sume mende kat atas aku langsung tak bole buat....betul tak?
Tapi, apa2pun semua datang dari Allah.....dan semua ada hikmahnye kepada kite......
Renung2 kan dan selamat beramal.......
Tuesday, May 19, 2009
Kesedihan melampau setelah kegembiraan teramat......
2. 12 tengahari sampai Kuantan. Kitorang pegi servis motor aku dulu kat Modenas Service Centre. Lebey kurang pukul 2, kitorang pegi YP. Da siap amek duit pukul 3 lebih. Da pegang duit banyak ni mesti nak enjoy punye. Terus kitorang pegi Berjaya Megamall. Pas makan kitorang tengok wayang cite Wolverine. Memang syok abes.
3. Da pukul 6. Da lewat ni. Adik aku cakap dia nak balik naik bas. Aku okey je sebab aku tau dia penat naik moto. Aku anta kat terminal. Dia beli tiket pukul 8 malam. Dia suruh aku balik Temerloh dulu. Aku pesan kat dia jangan lewat naik bas kang.
4. Pukul 9 malam. Aku baru sampai rumah. Aku borak2 ngan ayah aku jap. Tibe2 ayah aku dapat panggilan. Bas adik aku kemalangan dengan lori besar dekat Gambang. Ambulance da ready nak anta adik aku pegi Hospital Besar Kuantan. Terus aku capai kunci kete. Sepanjang perjalanan aku tak putus2 berdoa. Ayah aku muka da risau sangat.
5. Pukul 10.30 malam. Aku sampai kat tempat kemalangan. Aku nampak mayat. Aku nampak bas yang hancur di bahagian hadapan. Aku nampak darah membanjiri jalan. Aku nampak ramai polis dan doktor. Aku diberitahu adik aku sudah berada di Unit Kecemasan, Hospital Kuantan.
6. Pukul 12 malam. Aku dan ayah menunggu di lobi hospital. Doktor cakap adik aku stabil. Tiada kecederaan serius. Polis cakap adik aku duduk di barisan kedua. Betul2 di tempat lori menghemtam dinding bas. Pemandu di depan adik aku patah kaki. Penumpang sebelah adik aku patah tangan. Begitu juga dengan penumpang di sebelah kiri. Penumpang di belakang adik aku meninggal dunia. Aku bersyukur sangat2 adik aku selamat. Bersyukur kepada Allah.
7. 19 Mei, 3 petang. Adik aku dibenarkan keluar hospital. Aku berterima kasih sangat2 kepada orang awam yang membantu mengangkat adik aku keluar dari bas. Terima kasih kepada doktor dan nurse yang merawat adik aku. Terima kasih kepada polis yang banyak membantu. Dan aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana adik aku hanya cedera ringan dan selamat..........




Sunday, May 10, 2009
PPSMI? Melayu?
2) En Sanker Singh yang petah bercakap bahasa melayu ( orang melayu patut malu dengan dia) telah menengahkan mengapa Tun M telah menjalankan dasar penggunaan Bahasa Inggeris didalam pengajaran Matematik dan Sains diatas penilitian beliau bahawa Tun M telah mengarahkan penukaran pengajian tersebut setelah mendapati anak anak orang melayu tidak ramai yang menguasai pelbagai sektor ekonomi. En Sanker menjelaskan adalah perlu program tersebut patut diteruskan demi kebaikan jangka panjang orang melayu supaya tidak ketinggalan di belakang di dalam arus perkembangan ekonomi.
3)Ini kenyataan saorang Punjabi. Orang Punjabi ini memikirkan apa yang baik untuk orang melayu. Bagaimana pula segelintir orang Melayu sendiri…. mereka menentang. Mereka ini memikirkan dari segi rhetoric. Pada mereka Bahasa Jiwa Bangsa. Malulah sikit sebab orang Punjabi yang tiada kuasa politik nampak apa yang orang melayu tidak.
4). Sedikit masa lagi, Kementerian Pelajaran akan mengumumkan tentang dasar baru. Realitinya, kepimpinan kementerian sendiri tertekan dengan isu ini yang telah di bawa oleh UMNO di dalam Persidangan Agung mereka. Aku bercakap dengan ramai pelatih guru di IPGM Kampus Temenggong Ibrahim dan kebanyakan mereka mahukan program BI ini di teruskan tetapi boleh kah mereka melawan “Political Masters” mereka. Menteri Pelajaran terpaksa ikut kehendak ahli parti, kalau tidak dalam pemilihan nanti pastinya akan kecundang. Yang dasyatnya, sebahagian ahli parti yang mempunyai pandangan yang cetek dan tidak jauh. Mereka pandai berhujah, petah bercakap tetapi pada realitinya itu semua dari segi teori.
5). Dari pemerhatian aku, aku dapat simpulkan :
a. Pemikiran UMNO akan merosakkan minda orang melayu. Adakah dengan mengajar 2 mata pelajaran tambahan di dalam BI akan membuatkan orang melayu lupa bahasa ibunda? Mereka tidak mahu anak anak bangsa mereka bagus dalam bahasa Inggeris.
b. Mata mereka hanya terbuka kepada situasi sekarang dan yang terhidang di depan mata. Adakah mereka tidak mengambil kira kesan jangka panjang keatas anak anak mereka dan kesan keatas perkembangan ekonomi negara? Adakah di masa hadapan anak-anak melayu hanya bekerja di dalam negara sahaja tanpa ada yang keluar mencari rezeki di serata dunia? Anak anak melayu perlu bersedia untuk bersaing dengan manusia pelbagai bangsa dan warna kulit dari seluruh dunia untuk bergerak kedepan. Kegagalan mereka akan menjadikan Malaysia mundur dan mungkin menjadi sebuah negara dunia ketiga.
c. Di dalam diri aku, wujud beberapa persoalan setelah 51 tahun negara mengecap kemerdekaan dan 34 tahun setelah Dasar Pelajaran Kebangsaan di mulakan. Diantaranya:
(i) Berapa ramai anak anak melayu memimpin MNC kalau ditolakkan GLC. Jawapannya hampir tidak ada. Kalau ada pun satu dua sahaja dari 16 juta orang melayu. Kalau kita lihat di syarikat syarikat Antarabangsa dan mengkaji jumlah pekerja melayu berbanding bukan melayu, kita akan dapati jumlah orang melayu sangat sedikit. Mereka tidak di ambil kerana kelemahan dari segi bahasa dan minda pemikiran.
(ii) Jika kita lihat mereka yang memasuki sekolah pada 1980, pada hari ini kumpulan ini berumur 27 - 28 tahun. Adakah kerajaan sedar berapa ramai kumpulan ini yang tidak mempunyai kerja dan tidak kompetitif.
(iii) Pada hari ini berapa ramai anak anak orang melayu yang mempunyai ijazah tetapi menganggur dan bergantung sepenuhnya kepada GLC dan jabatan kerajaan untuk mendapatkan kerja. Soalnya sampai bila? Akan tiba masanya kerajaan tidak akan mampu memberi kerja kepada semua orang orang melayu. Untuk maju orang melayu perlu bersaing sesama sendiri dan bangsa lain di dunia. Untuk mengembangkan minda mereka perlu bersaing di peringkat global. Kalau bahasa yang di gunakan seluruh dunia itu tidak di kuasai, apa akan jadi dengan orang melayu?
b. Untuk memastikan kerajaan meneruskan penggunaan BI didalam matematik dan sains, PAGE perlukan satu platform politik didalam UMNO (Kalau UMNO masih relevan dalam masa terdekat ini). Isu ini mesti di bawa ke Parliament untuk di bahaskan.PAGE perlu mendapatkan sokongan dan kekuatan di kalangan Ahli Parlimen.
c. Selain dari usaha usaha seperti mendapatkan sokongan dari ibu bapa, menghantar petisyen mereka memerlukan kumpulan politik ini untuk memperjuangkan niat mereka. Jelas sekali di dalam isu ini, suara ahli ahli lain di dalam BN tidak relevan. Hanya pemimpin melayu sahaja yang dapat mematahkan usaha usaha yang tidak masuk akal dan mahukan orang melayu terus ketinggalan. Mungkin ini cara mereka untuk memastikan mereka terus berkuasa.
6). Oleh itu aku menyeru kepada orang orang melayu supaya bangun dari tidur. Jangan mata saja celik tetapi minda masih tidur. Ambil pandangan yang jauh sedikit. Biarlah susah dahulu dan bersenang senang kemudian. Kalau anak anak kita tidak faham bahasa Inggeris, kita kena paksa kerajaan supaya menambahkan sumber tenaga pengajar dan menjalankan program program tambahan supaya anak anak kita lebih pandai. Bukannya lari dari masalah. Bangun la…..tolong la… demi negara dan bangsa malaysia.
